Ahad, November 21, 2010

Lifelong Learning International Conference 2010 (3LInC'10)

Pada 10 hingga 12 November 2010 yang lalu, pihak UUM melalui Pusat Pembangunan Eksekutif telah menganjurkan 'Lifelong Learning International Conference 2010 (3LInC'10), bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.  Pihak PHM telah diberi penghormatan untuk menjadi penaja bersama bagi persidangan berkenaan.  Saya pula telah diberi peluang untuk membentangkan satu kertas persidangan yang ditulis oleh tuan CEO PHM, bertajuk 'Viewpoint: Startegic Marketing Education for Lifelong Learning'. Alhamdulillah, peluang yang diberi adalah satu pengalaman baru untuk saya, di samping memperolehi manfaat daripada perkongsian ilmu bersama-sama dengan delegasi dari dalam dan luar negara.



Sememangnya pembelajaran sepanjang hayat amat penting dalam kehidupan kita, tidak kira sama ada pembelajaran dilakukan secara formal atau tidak formal. Agama Islam sendiri meletakkan ilmu di martabat yang cukup tinggi dalam kehidupan umatnya.  Itulah fokus yang ditekankan oleh pihak PHM bagi memastikan ilmu disebarkan semaksima mungkin melalui program-program yang kami jalankan.  Secara peribadi saya amat berharap bahawa program-program pendidikan dan latihan yang kami jalankan selama ini membawa manfaat dari sudut peningkatan ilmu, peluang kehidupan, anjakan paradigma, peningkatan kemahiran kendiri dan hubungan kemanusiaan kepada para pelajar yang terlibat.  Mudah-mudahan usaha kami di PHM sentiasa dipermudahkan dan diberkati tuhan hendaknya.  Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...