Jumaat, November 05, 2010

Majlis Makan Malam Graduasi Pelajar ED Lahad Datu - 16 Oktober 2010




Rasa seronok melihat para pelajar meraikan 'kemenangan' mereka ! Para pelajar ED Lahad Datu yang telah bergelar 'bakal graduan' telah mengadakan majlis makan malam meraikan tamat pengajian mereka di Hotel De Leon, Lahad Datu pada 16 Oktober 2010 yang lalu.  Satu penghormatan diberikan kepada saya untuk bersama-sama mereka pada majlis tersebut.  Rasanya baru semalam saya memberikan penerangan tentang tatacara dan peraturan kuliah pada hari pertama mereka mendaftar.  Cepatnya masa berlalu! Tahniah kepada mereka, dan saya harapkan pembelajaran mereka tidak akan terhenti dengan genggaman diploma eksekutif masing-masing.  Biarlah ianya berterusan sehingga ke akhir hayat.  Jumpa di Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia 5 Disember ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...