1.1.11..moga tarikh ini menjadi permulaan kepada sejuta kejayaan, kebahagiaan, kegembiraan dan segala yang positif untuk kita semua. Tetapkan minda dan fizikal untuk mencapai resolusi yang telah kita tentukan. Sebaik-baiknya biarlah ianya daripada pelbagai aspek: kewangan, kesihatan, pelajaran, status dan apa-apa yang ingin kita capai sepanjang tahun 2011. Cabar diri kita, bayangkan nikmat yang akan kita kecapi jika semua resolusi yang ditetapkan dapat dicapai. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Semoga anda, saya dan kita semua dapat berdisiplin untuk mencapai semua yang diidamkan. Insya Allah..
Sabtu, Januari 01, 2011
Selamat Tahun Baru 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan