Isnin, Disember 30, 2013
Azam Baru?
Sedar atau tidak, hanya tinggal kurang 48 jam untuk kita sampai ke tahun baru 2014. Seperti kebiasaannya saat-saat ini kebanyakan daripada kita memasang azam untuk tahun baru. Anda bagaimana? Dapat capai azam 2013? Bagi yang telah berjaya mencapainya, alhamdulillah dan tahniah diucapkan. Yang tidak berjaya bagaimana? Apa yang boleh dibuat untuk capai azam anda?
Alhamdulillah secara peribadi saya diizinkan Allah mencapai beberapa 'ketetapan' yang saya buat sepanjang 2013. Oleh kerana ramai yang bertanya, saya ingin berkongsi tip bagaimana untuk mencapai 'Azam' anda.
Ini yang saya lakukan, mungkin anda boleh ubahsuai mengikut keperluan masing-masing.
1. Saya tidak suka berazam. Saya gantikan perkataan 'Azam' kepada 'Sasaran'.
2. Senaraikan sasaran yang ingin anda capai. Pecahkan mengikut 'aspek'.
3. Tetapkan tarikh untuk dicapai.
4. Pecahkan strategi untuk mencapai sasaran berkenaan. Buat to-do List untuk setiap satu
Contoh:
Aspek : Kesihatan
Sasaran : Capai berat badan ideal 60kg
Tarikh: 31.3.14
Strategi : Jaga pemakanan, bersenam.
To-do List:
a. Jogging setiap ahad 6.30 pagi - 8 pagi
b. Bersenam 30 minit setiap petang
c. Amalkan diet seimbang, lebihkan buah dan sayuran dan kurangkan makanan ringan.
d. Kurangkan pengambilan makanan segera
e. Dapatkan personal trainer/minta nasihat daripada pakar
d. Timbang berat badan setiap dua minggu.
5. Visualisasikan apa yang anda inginkan - gambaran minda, rasakan kegembiraan anda mencapai sasaran berkenaan.
6. Bertindak!
7. Disiplin, usaha dan bersungguh untuk capai sasaran.
8. Minta bantuan Allah untuk capai sasaran anda.
9. Sentiasa pantau prestasi anda. Buat penambahbaikan strategi dan to-do list anda untuk capai sasaran pada tarikh ditetapkan.
Kaedah ini juga saya lakukan untuk pengurusan strategi syarikat-syarikat saya.
In shaa Allah, dengan komitmen, usaha dan keinginan yang kuat, keinginan anda akan jadi kenyataan. Selamat bersasaran!
P/s : Jangan pasang niat untuk capai sesuatu pada 1 Januari sahaja. Kita ada 365 hari sepanjang tahun untuk memulakan sesuatu usaha. Yang penting kita harus melangkah keluar daripada zon selesa..Fast action, fast result.Terhegeh-hegeh action, terhegeh-hegeh result! Selamat tahun baru semua :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan