Isnin, Februari 02, 2015

Tip tingkat surplus cashflow untuk perempuan

+ masak dan bawa bekal ---> bawa untuk suami sekali (jika sudah berkahwin)

+ beli kain buat baju raya semasa jualan lelong. Nagoya ada banyak kain lelong.

+ bila jalan-jalan nampak sale baju atau beg tangan, buat-buat pusing ikut jalan lain. Maksudnya jangan terpedaya dengan dakyah jualan murah barang 'kehendak'

+ tubuhkan geng suka simpan duit di pejabat---> support group

+ senaraikan barang yang perlu sahaja bila masuk pasaraya ---> FOKUS

+ untuk mereka yang suka shopping online ---> lihat page barang keperluan sahaja. Jika barang keperluan sudah ada, jangan beli lagi buat collection ---> supaya tidak membazir.

+ REWARD diri dengan shopping jika capai sesuatu kejayaan---> tidak menjadi tabiat suka berbelanja.

+ kalau tertekan, jangan makan mahal-mahal ---> pergi lari-lari tepi tasik

+ kalau tertekan jangan shopping ---> window shopping saja. Bawa troli, pilih barang-barang yang dimahukan ---> masa bayar , ambil satu saja yang paling murah, yang lain tinggal. (mohon maaf pada pekerja pasaraya :D)

+ kalau nampak baju anak cantik-cantik di kedai (walaupun sudah satu bakul dirumah) ---> cepat buka gambar kanak-kanak Syria atau mangsa banjir ---> confirm nangis


Amacam?

-AlFatehAssociates-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...