Sabtu, Mei 16, 2015

[Salam Isra' Mikraj, Selamat Hari Guru]

Masa tadika dan sekolah rendah dulu, cakap cikgu lebih 'betul' dari cakap mak dan abah. Tahap hormat dan takut dengan cikgu begitu tinggi kerana bersekolah di sekolah cina yang terkenal dengan hukuman rotan dan disiplin yang cukup kuat.

Semakin usia meningkat, semakin faham bahawa didikan guru-guru (termasuk ibu bapa) merupakan kompas penunjuk arah kehidupan. Siapa, apa dan di mana kita hari ini adalah hasil aplikasi ilmu yang disampaikan para guru kita.

Setelah 'terjun' ke dalam dunia bisnes berasaskan pendidikan, saya perlu akur bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang penyampai ilmu. Apa jua gelaran anda: Cikgu, Pensyarah, Ustaz, Ustazah, Mentor, Sifu, Coach atau seumpamanya; terima kasih diucapkan. Teruskan ikhlas mendidik anak bangsa. Ilmu yang anda sampaikan merupakan 'bekalan' di dunia dan 'pelaburan' pabila sampai masa bertemu Tuhan kelak.

Saya doakan anda yang pernah mendidik saya diberikan martabat yang tinggi di sisiNya dunia akhirat.

p/s: Selamat menduduki peperiksaan untuk para pelajar Bachelor in Business Management (BBM) UIA-PHM pagi ini. Moga dipermudahkan segala-galanya.

p/s: Terima kasih atas ucapan hari guru kepada saya. Impian seorang guru hanyalah melihat anak muridnya mencapai kejayaan dan mengamalkan ilmu yang diajar. Itu sudah cukup menggembirakan.

‪#‎PHM‬


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...