Untuk mencapai bahagia itu sebenarnya mudah. Semuanya datang dari hati sendiri
Caranya?
1. Bersyukur dan berterima kasih atas setiap nikmat yang diberikan tuhan. Semua yang Allah anugerahkan adalah yang terbaik untuk kita. Kasih sayangnya sentiasa mengiringi kehidupan kita.
2. Nikmati masa kini.
Masa lepas telah berlalu, masa depan akan muncul. Hayati segala rasa sebelum masa kini berlalu pergi. Enjoy your life!
3.Bantu orang lain
Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat. Bersedekahlah. Sedekah bukan sahaja dalam bentuk wang, tetapi juga sumbangan dari sudut ilmu, pengalaman, masa, tenaga, senyuman dan bermacam cara lagi. Bila kita buat orang lain bahagia, kita juga akan turut bahagia.
Semoga kita semua menjadi manusia yang bahagia di dunia dan akhirat. Aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan