Isnin, Disember 06, 2010

Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif Universiti Utara Malaysia Keenam



5 Disember 2010 - tarikh keramat untuk 51 orang pelajar UUM-PHM.  Ini kerana tarikh tersebut merupakan hari untuk mereka meraikan kejayaan menamatkan pengajian diploma eksekutif dalam bidang masing-masing.  Kali ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana berlaku beberapa 'rekod' dalam penganjuran majlis kali ini, khususnya di pihak PHM.


Untuk rekod, buat kali pertama :
 ~ Penganjuran majlis diadakan di luar Kampus UUM Sintok 
 Majlis diadakan di Kuala Lumpur memandangkan semua dewan di dalam UUM digunakan untuk peperiksaan akhir yang tertunda akibat banjir besar di Kedah.

~ Kali pertama 2 Pusat Pembelajaran PHM menghantar graduannya
Kota Kinabalu LC dan Lahad Datu LC

~ Kali pertama program-program yang dimulakan di Sabah menghasilkan graduannya
    1. Diploma Eksekutif Pengajian Islam dengan Syariah (DEPIS)
    2. Executive Diploma in Office Management & Technology (EDOMT)
    3. Executive Diploma in Planting Industry Management (EDPIM)

~ Kali pertama 3 pasang suami isteri (pelajar PHM) menerima diploma masing-masing dalam satu majlis  penganugerahan.
    1. Jinirol Bensali & Latifah Omar Basah (DEPIS)
    2. Jamaludin Dasi & Shamsiah Umrah (DEPIS)
    3. Mokhtar Lajasali & Roshidah Ghani Shah (EDBM)

~ Kali pertama seorang graduan menerima diploma untuk kali kedua.
Ust Sudirman Moh Saleng menerima diploma eksekutif (EDBM) dalam majlis penganugerahan ke-4(tahun 2008) dan kali ini menerima diploma eksekutif kedua (DEPIS), sekaligus menjadi  pelajar terbaik PHM  bagi majlis penganugerahan kali ini.

~ Kali pertama staf dan graduan PHM terlibat secara langsung dalam perjalanan majlis kali ini.
Ust Matjun @Yunus Mathon membacakan doa dalam sesi pertama majlis, manakala Ust Sudirman Moh Saleng membacakan doa dalam sesi kedua penganugerahan.
Secara peribadi saya berasa amat berbangga menyaksikan setiap graduan terutama pelajar-pelajar saya melangkah ke atas pentas, menerima diploma masing-masing.  Satu kepuasan yang sukar digambarkan kerana saya terlibat secara langsung dengan pembelajaran mereka,  daripada sesi  pendaftaran sehinggalah membawa mereka datang ke Kuala Lumpur untuk majlis ini.

Kepada para graduan, syabas dan tahniah diucapkan kepada anda dan keluarga.  Berakhirnya pembelajaran anda dalam program diploma eksekutif tidak sepatutnya menjadi petanda berakhirnya proses pembelajaran.  Saya berharap agar anda semua dapat meneruskan pencarian ilmu sehingga ke akhir hayat.  Kejayaan menggenggam diploma seharusnya bermakna anda telah berjaya meningkatkan ilmu di dada, menambahkan kemahiran sosial khususnya soft-skills, mengukuhkan hubungan setiakawan dan networking yang sudah sedia terjalin.  Jadikanlah kejayaan ini suatu yang positif dalam kehidupan anda, dan mampu menjadi katalis dalam merangsang insan-insan di sekeliling anda untuk bermotivasi mendekati ilmu secara formal dan tidak formal.  Kami di PHM berbangga bersama-sama  dalam perjuangan mencapai diploma yang telah  anda genggam, dan berharap kerjasama ini akan diteruskan untuk peringkat yang lebih tinggi.  Saya secara peribadi juga berharap agar silaturrahim dan hubungan kekeluargaan yang rapat sesama kita akan diteruskan selama-lamanya.


Kepada semua tenaga kerja Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif Keenam khususnya staf Pusat Pembangunan Eksekutif, Universiti Utara Malaysia, ucapan syabas dan tahniah untuk anda semua.  Satu lagi cabaran besar telah berjaya anda tempuhi. 


Kepada semua kakitangan PHM yang bertungkus-lumus di belakang tabir membantu PPE dan para graduan juga keluarga masing-masing - Amalina, Mimie, Shar, Anis & Nana. Terima kasih atas tugas yang cemerlang, saya ingat janji saya kepada anda semua.

1 ulasan:

  1. salm, apa Kelebihan dan kekurangan dlm PHM ni..berminat pla sama PHM ni..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...