Khamis, Disember 24, 2015

TIPS MENGURUSKAN KEWANGAN


1. Tidak berbelanja melebihi pendapatan

2. Ada bajet, dan patuhi secara konsisten

3.Hanya beli barang/perkhidmatan yang diperlukan sahaja

4. Tidak obses kepada jenama

5. Merancang pembelian (sediakan senarai barangan yang perlu dibeli)

6. Manfaatkan kupon dan baucer diskaun

7.Bandingkan harga

8. Berjimat cermat

9. Berhenti merokok

10. Tidak membayar untuk perkhidmatan yang tidak diperlukan / jarang digunakan seperti langganan majalah yang jarang dibaca dan yuran keahlian gymnasium yang jarang dikunjungi

11. Tambah ilmu pengurusan kewangan.

Sabtu, Oktober 31, 2015

Orang berjaya di tempat kerja memiliki tiga ciri penting ini:
(1) Orang berjaya tidak ceritakan masalah kepada bos. Mereka berikan penyelesaian kepada bos. Ingatlah, anda diambil bekerja untuk selesaikan masalah, bukan merungut mengenai masalah yang semua orang sudah tahu.
(2) Orang berjaya tidak jadi "posmen" dengan bawa apa saja yang diterima untuk bos selesaikan. Sebaliknya, mereka proses sesuatu itu dan berikan cadangan kepada bos untuk bos buat keputusan.
(3) Orang berjaya tidak berikan alasan. Orang berjaya berikan hasil. Orang gagal berikan alasan.
-Tuan Norizan Sharif-

Selasa, Oktober 20, 2015

7 Keajaiban Rezeki -Ippho Santosa




#Keajaiban 1 - Sidik Jari Kemenangan
  • Setiap org ada cara tersendiri yg unik utk raih kemenangan. Kenalpasti cara masing2. Cara kita x sama dgn org lain.

#Keajaiban 2  - Sepasang Bidadari

1. Ibu bapa
  • LoA dikuatkan dgn doa
  • Berbakti kpd org tua mnguak pintu rezeki. Minta bntuan org tua mndoakan impian kita tercapai. Doa dan LoA semakin kuat! 
  • Doa mesti sama - Kita dgn ibu bapa. Kita dgn keluarga/pekerja/pasukan. --> target mesti sama.
2. Pasangan
  • Luruskan niat bernikah kerana Allah.
  • Segerakan
* Mempercepatkan impian terjadi dgn izin Allah*
  1. Sampaikan impian kpd sepasang bidadari. Selaraskan.
  2. Mula dgn 1 impian besar.
  3. Bayangkn impian,berpura-pura ianya telah terjadi sehingga ianya bnr2 terjadi.
  4. Tetapkan tarikh impian tersebut jd knyataan
  5. Lakukan berulang-ulang
  6. Positifkan kata-kata
  7. Tetapkan 7Y - yakin, yakin, yakin,yakin,yakin,yakin, yakin!
  8. Persiapkan diri

#Keajaiban 3 - Golongan kanan

Golongan otak kanan - imiginatif, berfikir secara holistik,kreatif, mnguasai interpersonal, bersedia dgn perubahan, terima bahawa bkn hanya 1 jwbn yg benar.

- kreativiti bkn semata-mata mencipta benda baru, tapi lebih kepada menghadapi perubahan.
- asah intuisi
  1. Intuisi natural - bawaan lahir
  2. Intuisi rasional - kerana kepakaran
  3. Intuisi emosional - kerana ada chemistry dgn org lain
  4. Intuisi spiritual - kerana hubungan erat dgn tuhan.

#Keajaiban 4 - Simpul Perdagangan
 - Berniaga - jangan takut!
 - currency  berasal drp pktaan current (arus)
 - Bergerak terus menerus seperti peredaran benda-benda langit, darah, arus sungai dan tawaf haji.

Cipta simpul perdagangan  melalui   
-lahir
-lingkungan
-latihan 


#Keajaiban 5 - Perisai Langit
-Law of Multilier - Sedekah! 
- Solat - Dhuha, Tahajud, Taubat
- Sikap - Tawakal, syukur, sangka baik, sabar
- Perkataan - Zikir, Istighfar, Selawat
- Perbuatan - berbakti kpd org tua, nikah, memiliki keturunan, haji, umrah, silaturrahim, ikhtiar, berdagang

#Keajaiban 6 - Pembeda Abadi
Wujudkan core competency - kekuatan yang ditonjolkan.
Kenal pasti kelebihan yang ada, asah sehingga menjadi kekuatan maksimum yang boleh ditonjolkan dalam bisnes dan kehidupan. 


#Keajaiban 7 - Pelangi ikhtiar
Ikhtiar dgn menggunakan otak kanan - imiginasi apa yg ingin dicapai -> optimis -> berimpian -> niat = visi
Kemudian barulah guna otak kiri -> cipta pelan yang relistik untuk capai visi.


  • Action tidak berguna kalau ianya tidak FAST!
  • Yakin dengan tuhan!
  • Berdiri di atas bahu raksasa- belajar drp mereka yang hebat!
  • Harus ikhlas, berintegriti.


Jumaat, Oktober 16, 2015

7 Habits of Highly Effective People


Buku tulisan Stephen Covey ini menceritakan tentang 7 tabiat yang menjadi amalan orang yang efektif.

1. Bersikap Proaktif (Be Proactive) - Bertindak lebih awal bukan setelah berlaku sesuatu.

2. Bermula Dengan Matlamat (Begin With The End In Mind) - Perlu ada matlamat yang jelas, dan pastikan ianya dicapai.

3. Lakukan Sesuatu Mengikut Tertib (Put First Things First) - Kenalpasti keutamaan untuk setiap perkara, lakukan yang paling utama dahulu

4. Fikirkan Sama-Sama Menang (Think Win-Win) - Pastikan setiap pihak yang terlibat sama-sama mendapat manfaat, tidak berat sebelah

5. Fahami Orang Sebelum Orang Memahami Kita (First Seek To Understand Then To Be Understood)
- Jangan pentingkan diri sendiri. Orang yang efektif cuba untuk memahami keadaan orang lain terlebih dahulu.

6. Gemblengkan Tenaga (Synergize) -  Cari peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak lain.

7. "Tajamkan Gergaji" (Sharpen The Saw) - Sentiasa berubah untuk lebih maju, persiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran baru sambil kuatkan tekad.

Tujuh Tabiat ini kemudian dikelompokkan dalam 3 kumpulan bagi menentukan kejayaan atau mencari kemenangan, iaitu:-

KEMENANGAN PERIBADI

• Bersikap Proaktif
• Bermula Dengan Matlamat
• Lakukan Sesuatu Mengikut Tertib

KEMENANGAN BERSAMA
• Fikirkan Sama-Sama Menang
• Fahami Orang Sebelum Orang Memahami Kita
• Gemblengkan Tenaga

PEMBAHARUAN DIRI
• Baharui Tekad Dan Buat Perubahan Diri

Khamis, Oktober 15, 2015

Pengurusan Aktiviti

Kebelakangan ini saya agak terkejar-kejar untuk melaksanakan tugas-tugas yang perlu disiapkan segera. Bukan mudah untuk mengimbangkan tanggungjawab kepada keluarga, perniagaan, pelajaran dan hidup peribadi. Jadual yang sedia padat bertambah padat dengan pertambahan bisnes dan komitmen baru. Masa kekal sama 24 jam, namun teknik pengurusan aktiviti harus diperkemaskan.

Mujur Covey's Time Management Grid sangat membantu dalam pelaksanaan To Do List saya.

credit : yourcoach.be

Grid ini membantu bagaimana untuk menentukan aktiviti yang harus diutamakan dahulu.

Quadrant pertama  - Important & urgent merujuk kepada aktiviti keperluan yang mempunyai kaitan dengan pihak lain, seperti deadline laporan untuk bos, klien atau perkara-perkara yang jika gagal disiapkan pada masa yang diperuntukkan akan menimbulkan masalah yang lebih besar seperti penyelesaian krisis.

Quadrant kedua - Important but not urgent merujuk kepada aktiviti penting tetapi tiada tarikh akhir dan biasanya melibatkan soal seperti strategi dan perancangan. Perlu lebih fokus di bahagian ini memandangkan ianya akan melancarkan tugas anda di masa hadapan.

Quadrant ketiga - Not Important but urgent melibatkan 'gangguan' yang sebaiknya dielakkan, contohnya panggilan telefon, mesyuarat. Ianya perlu diminimakan.

Quadrant keempat - Not Urgent & Not Important. merupakan perkara-perkara yang perlu dielakkan seperti bersembang kosong, menonton tv terlalu lama, melepak dan sebagainya.

Cuba lihat semula To - Do List anda, tentukan yang mana satu perlu dilakukan segera (ada deadline)- masukkan ke dalam Quadrant 1. Perkara-perkara tanpa deadline tetapi penting, masukkan ke dalam Quadrant 2. Selesaikan Quadrant 1 dahulu sebelum beralih ke Quadrant 2 dan seterusnya.

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...