Jumaat, Oktober 16, 2015

7 Habits of Highly Effective People


Buku tulisan Stephen Covey ini menceritakan tentang 7 tabiat yang menjadi amalan orang yang efektif.

1. Bersikap Proaktif (Be Proactive) - Bertindak lebih awal bukan setelah berlaku sesuatu.

2. Bermula Dengan Matlamat (Begin With The End In Mind) - Perlu ada matlamat yang jelas, dan pastikan ianya dicapai.

3. Lakukan Sesuatu Mengikut Tertib (Put First Things First) - Kenalpasti keutamaan untuk setiap perkara, lakukan yang paling utama dahulu

4. Fikirkan Sama-Sama Menang (Think Win-Win) - Pastikan setiap pihak yang terlibat sama-sama mendapat manfaat, tidak berat sebelah

5. Fahami Orang Sebelum Orang Memahami Kita (First Seek To Understand Then To Be Understood)
- Jangan pentingkan diri sendiri. Orang yang efektif cuba untuk memahami keadaan orang lain terlebih dahulu.

6. Gemblengkan Tenaga (Synergize) -  Cari peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak lain.

7. "Tajamkan Gergaji" (Sharpen The Saw) - Sentiasa berubah untuk lebih maju, persiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran baru sambil kuatkan tekad.

Tujuh Tabiat ini kemudian dikelompokkan dalam 3 kumpulan bagi menentukan kejayaan atau mencari kemenangan, iaitu:-

KEMENANGAN PERIBADI

• Bersikap Proaktif
• Bermula Dengan Matlamat
• Lakukan Sesuatu Mengikut Tertib

KEMENANGAN BERSAMA
• Fikirkan Sama-Sama Menang
• Fahami Orang Sebelum Orang Memahami Kita
• Gemblengkan Tenaga

PEMBAHARUAN DIRI
• Baharui Tekad Dan Buat Perubahan Diri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...