Pengerat hubungan sesama kakitangan PHM, para pelajar, bekas graduan dan pihak PPE-UUM..itulah merupakan objektif utama Hari Keluarga PHM 2011 yang diadakan pada 1 & 2 April 2011. Selain daripada mesyuarat tahunan, aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah futsal 5 sebelah, bowling, derma darah, derma buku dan PHM V! Talent. Banyak bakat terpendam dicungkil sepanjang 2 hari berkenaan, terutama dalam acara karaoke sepanjang V!Talent. Kemeriahan masih terasa, moga dapat bertemu di edisi akan datang. Buat semua kakitangan HQ dan KK LC yang terlibat, tahniah atas usaha anda menganjurkan satu program besar tanpa mengharapkan sebarang bantuan kewangan daripada syarikat. Syabas, moga kita mengambil iktibar atas segala yang berlaku, yang baik kita jadikan lebih baik, yang silap kita perbetulkan agar perhimpunan akan datang akan lebih bermakna dari segenap aspek untuk semua pihak.
Khamis, April 07, 2011
Hari Keluarga PHM 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan