Ahad, Jun 26, 2011

Pendaftaran dan Modul pertama EDPIM dan EDOMT Keningau

Pada 25 Jun 2011, sekumpulan pelajar pertama bagi program Executive Diploma in Planting Industry Management (EDPIM) dan Executive Diploma in Office Management Technology (EDOMT) Keningau telah mendaftar dan memulakan kelas pertama mereka di Hotel Juta, Keningau.

Modul pertama bagi kedua-dua program berkenaan adalah Principles of Management yang diajar oleh Prof Madya Hoe Chee Hee daripada Universiti Utara Malaysia, Sintok.  Ksemua pelajar begitu teruja memulakan fasa baru hidup mereka sebagai pelajar UUM.  Turut sama mengalu-alukan kehadiran mereka dalam keluarga besar PHM-UUM adalah Pengerusi Akademik Pusat Pembangunan Eksekutif, UUM Dr Mohd Sobri Don .  Beliau turut sama memberikan serba sedikit penerangan tentang UUM, program yang diadakan dan tatacara sepanjang bergelar pelajar UUM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...