Ahad, Oktober 23, 2011

Idea Bisnes : Kreativiti Menjana Pendapatan

Hari ini saya telah dibawa untuk menikmati makanan laut di Kuching.  Pada awalnya saya agak keberatan memandangkan perniagaan tersebut terlalu banyak di tempat asal saya (dan saya alergik kepada makanan laut!), tetapi atas dasar hormat saya terima pelawaan tersebut.  Namun begitu perasaan ini berubah menjadi keterujaan apabila sampai ke destinasi yang dimaksudkan.
Taman Kereta merupakan satu bangunan 6 tingkat yang dibina di Bandaraya Kuching khusus sebagai tempat letak kereta.  Uniknya di tingkat atas bangunan tersebut telah dibina satu medan selera yang khusus menjual hidangan makanan laut sahaja.  Di waktu siang pendapatan perniagaan dijana melalui bayaran parkir kereta, manakala di sebelah malam ianya senantiasa dipenuhi oleh penggemar makanan laut. Perniagaan sangat-sangat bagus dan orang ramai sentiasa berpusu-pusu keluar masuk.  Sangat-sangat kreatif! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...