Khamis, Disember 15, 2011

Tip Belajar : Gunakan Pengalaman Anda

 


Mengikut pengalaman saya, belajar di usia dewasa adalah lebih menarik berbanding ketika di bangku sekolah.  Kenapa begitu?  Pelajar dewasa rata-rata digolongkan sebagai mereka yang berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja. Kematangan fikiran dan pengalaman kerja ini merupakan 'advantage' atau kelebihan terbaik yang memudahkan pembelajaran.  Pelajar dewasa boleh berfikir dengan matang dan mengupas sesuatu isu dengan bijak. Pengalaman memudahkan anda memahami sesuatu topik kerana situasi yang sama mungkin telah dilalui di alam pekerjaan.  Jadi tidak perlu timbul isu 'otak berkarat' kerana lama tidak melalui pembelajaran secara formal.  Percayalah bahawa pengalaman dan kematangan fikiran akan memudahkan anda belajar. Jom Sambung Belajar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...