Jumaat, Disember 23, 2011

Tip Belajar : Study Group

pic credit to http://www.collegestudytips.net/


Bekerja sambil belajar bukan suatu perkara yang mudah.  Pengurusan masa yang baik dan disiplin diri yang tinggi amat diperlukan.   Untuk lebih mudah, apa kata anda tubuhkan satu 'study group' dengan rakan-rakan. 

Fungsi study group adalah untuk anda mengulangkaji bersama, berbincang tentang suatu topik, membuat latihan dan membantu meningkatkan pemahaman antara satu sama lain.  Anda masih perlu membuat pembacaan sendiri .  Apabila belajar bersama, agih-agihkan subtopik kepada semua ahli.  Setiap ahli perlu memberi penerangan kepada ahli-ahli lain tentang subtopik yang telah ditentukan, mengikut pemahaman daripada pembacaan sendiri.  Kemudian perbicangan perlu dibuat dalam kumpulan berserta dengan contoh berkaitan.  Kesimpulan perlu dibuat agar intipati setiap subtopik dapat difahami.

Apa yang penting,   pastikan ahli-ahli kumpulan anda itu mempunyai komitmen yang tinggi untuk belajar.  Jadikan study group sebagai rutin mingguan daripada mula,  dan bukan hanya diadakan sehari sebelum tarikh peperiksaan =).  Selamat belajar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...