Sabtu, Disember 17, 2011

Tip Semangat : Sambung belajar atau memulakan perniagaan baru? Dapatkan sokongan keluarga anda

Pic credit to http://www.clcr.com/
Tidak kira jika anda mahu menyambung pelajaran atau memulakan perniagaan yang baru, pastikan anda mendapat sokongan keluarga dan orang yang anda kasihi.  Mereka adalah kumpulan insan terdekat dengan anda.  Sebarang bantahan dikhuatiri akan mempengaruhi usaha anda kelak.  Oleh itu pastikan anda berbincang dengan mereka tentang keinginan, sasaran dan tujuan usaha yang akan anda mulakan.  Fahamkan mereka bahawa komitmen baru anda mungkin akan mengurangkan masa yang akan diluangkan bersama.  Maklumkan perubahan yang mungkin berlaku dalam rutin harian agar mereka dapat bersedia untuk menerima segala kemungkinan. Bawa mereka bersama 'melihat' visi yang akan anda capai dengan usaha baru anda. Jangan pandang remeh tentang perkara sebegini kerana sokongan keluarga dan orang tersayang merupakan satu motivasi yang besar untuk anda mencapai kejayaan.  Hati dan minda anda akan lebih fokus kepada usaha anda dalam bisnes atau pelajaran. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...