Harapan
Jawapan buat masa sekarang : ENTAH! Saya cuma mahu mencari sesuatu yang lebih hakiki. Bagaimana dan bila, saya tidak pasti.
 Tetapi saya yakin! Contohnya, blog ini juga telah mencapai usia 5 tahun sejak tahun 2006.
 Alhamdulillah, sejak awal blog ini bukan bermotifkan duit. Ia kekal 
dari dahulu sebagai wadah untuk saya mencatatkan sesuatu. Jika ia dibaca
 dan memberi manfaat kepada orang lain, alhamdulillah mengharapkan saham
 akhirat juga saya. Tetapi jika tidak dibaca, tidak menguntungkan pada 
pandangan orang lain itu tidak menjadi nanah kepada saya. Kerana pada 
awalnya, telah saya tetapkan matlamatnya.
” Tahun ini saya mengharapkan ihsan dan berkat 
Ramadhan. Tunjukkan, berikan sedikit hidayah, jalan yang lurus, cahaya 
yang terang untuk saya teruskan perjuangan. Izinkan saya menyumbang 
dalam bidang bisnes dan keusahawanan mengikut jalan yang telah 
ditentukan. Mohon dibuangkan rasa keraguan dan was-was. Dibersihkan 
sumber keuntungan agar hanya yang halal dan berkat sahaja yang tinggal 
untuk dinikmati. Moga ada ruang untuk limpahan rezeki untuk insan lain 
agar turun merasa berkatnya. “
Biarlah sedikit, kecil, tidak kelihatan, tetapi berkesan. Doakan saya.
   - diambil dari blog Irwan Dahnil, www.irwandahnil.com, Ramadhan tahun lepas.-                    Itu juga yang bersarang di minda saya kini..moga impian kami ALLAH makbulkan.  Amin
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan