
1. Rancang kerja anda sebaiknya.Periksa dan catat tarikh akhir(deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal dan letakkan ia di tempat yang dapat dilihat.
2. Gunakan masa dengan sebaiknya. Anda mungkin boleh membaca atau mendengar semula rakaman kuliah ketika menaiki tren/bas daripada hanya melihat gelagat penumpang lain ketika menunggu untuk tiba ke destinasi.
3. Pastikan semuanya dilakukan secara seimbang. Bekerja sambil belajar sememangnya memenatkan. Makan dengan teratur, bersenam, dapatkan rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda.
4. Jika anda mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir atautiba-tiba terjadi masalah keluarga dan kerja, beritahu kepadapensyarah anda lebih awal. Mereka juga manusia dan tentu merekamemahami beban anda untuk melakukan dua perkara ini serentak.
5. Sentiasa ingatkan diri anda apa kebaikan pengajian yang anda ikutiitu untuk masa depan anda. Dapatkan sebab yang kukuh untuk mengikutikursus yang anda pilih. Jika alasan atau sebab anda menyambungpengajian itu lemah, ia mampu mengganggu motivasi anda untukmenghadapinya.
6. Beritahu ketua atau majikan anda mengenai pengajian anda. Menyambung pengajian menunjukkan anda serius mengenai pembangunan diri sebagai seorang individu.
7. Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa.Anda seharusnya melihat ini sebagai peluang untuk mengembangkan jaringan kenalan.
8. Wujudkan tempat bekerja yang dapat membuatkan anda berasa selesa.Gunakan apa-apa kaedah yang membantu anda untuk fokus, contohnyajadual, kata-kata semangat yang ditampal di dinding, tulisan denganpen berwarna-warni, peta minda atau bungaan di meja kerja anda.
9. Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji.Segelintir individu lebih gemar memilih waktu awal pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan