Ahad, Oktober 20, 2013

Apa yang saya belajar dari Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan







Alhamdulillah, hari ini salah satu impian saya tercapai iaitu menjadi krew dalam program anjuran Richworks. Bagi yang tidak memahami, mungkin ianya sesuatu yang sangat remeh. Bagi saya ianya suatu yang sangat besar kerana itulah salah satu cara untuk saya menyumbang kepada guru saya dan juga masyarakat. Bukan mudah untuk 'mendidik' masyarakat yang sudah terlalu selesa dengan keadaan sedia ada - itu adalah sesuatu yang sangat-sangat saya fahami!

Dalam program ketujuh Richworks yang saya sertai ini, satu pengajaran berharga yang saya pelajari.


Guru perlu menjaga murid. Murid perlu menjaga guru. Kita saling memerlukan.


Kita biasa mendengar seorang guru tidak dapat mengingati ribuan pelajar yang mereka didik sepanjang perkhidmatan (kecuali mereka yang memegang 'rekod' pandai atau nakal ;)p ). Saya juga tidak terkecuali begitu. Namun ianya berbeza dengan Dr Azizan Osman. Saya berasa terkesan dan terharu kerana beliau mengingati kehadiran saya dalam program-program beliau walaupun saya jarang menonjolkan diri. Mungkin nampak remeh, tetapi daripada sudut psikologi ianya memberi impak besar kepada saya untuk terus menuntut ilmu, membuat perubahan kepada diri dan membantu menambah nilai dalam kehidupan orang lain. Saya faham jika konsep ini saya aplikasikan kepada para pelajar dan kakitangan saya, dengan izin Allah ianya juga akan memberi kesan serupa kepada mereka. Penghargaan = motivasi. Terima kasih Dr.

Sebagai murid pula, kita perlu menghormati ilmu dan penyampainya sekali. Tiada guru, ilmu yang kita terima daripada medium lain akan menjadi tidak sempurna. Adab perlu dijaga agar ilmu yang diperolehi menjadi lebih berkat.  Semoga guru-guru saya sentiasa dirahmati Allah dunia dan akhirat. -BibiAkhtar-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...