Rabu, Oktober 23, 2013

Modal oh Modal!

Tip bisnes satu minit:

Kalau modal tidak cukup, meminjam bukan satu-satunya penyelesaian. Dana untuk perniagaan boleh diperolehi daripada dua cara

1. Sumber dalaman
  • Perkemaskan sistem perniagaan anda. Kaji semula proses atau aktiviti yang boleh dimansuhkan. Kenalpasti perbelanjaan yang boleh dikurangkan tanpa menjejaskan kualiti kerja/produk. Kawal aliran  keluar wang.
2. Sumber luaran
  • Dapatkan kerjasama daripada pembekal untuk memanjangkan tempoh pembayaran semula hutang agar wang yang ada dapat digunakan untuk pusingan modal (Jangan buat-buat lupa bayar hutang :)p )
  • Dapatkan pinjaman / geran bantuan daripada agensi berkaitan
  • Cari pelabur untuk bisnes anda
-Bibi Akhtar-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...