Apa itu New Wave Marketing?
New Wave Marketing adalah satu konsep dalam pemasaran yang merubah lanskap pemasaran tradisional yang bersifat vertikal kepada horizontal.
Pemasaran tradisional lebih menumpukan kepada komunikasi 1 hala (one to many) melalui medium yang berkos tinggi seperti TV, Radio dan suratkhabar. Benar medium sebegini mampu meningkatkan jualan pada masa yang singkat, namun begitu kebelakangan ini ianya menyebabkan kewujudan apa yang dipanggil sebagai 'media clusttered'. Media clusterred merujuk kepada keadaan di mana para pengguna menerima terlalu banyak iklan sehingga tidak mencapai pelanggan sasaran yang tepat. Dengan kos yang tinggi, pemasaran tradisional menjadi suatu yang tidak efektif keran impak yang diberikan menjadi berkurangan.
Keadaan ini 'diselesaikan' dengan kehadiran "New Wave Marketing". Ianya merujuk kepada penggunaan sosial media yang bersifat dua hala dengan kos yang amat rendah. Kelebihan konsep ini adalah pemasar mampu untuk mempengaruhi pengguna secara langsung dengan pembinaan komuniti. Ini akan membawa kepada peningkatan kepercayaan dan kesetiaan pelanggan melalui komunikasi antara dua pihak. Ianya juga memberikan kelebihan kepada pemasar untuk membuat kaji selidik tentang produk dan servis sedia ada atau baru.
The New Wave Marketing berasaskan kepada 12 C:
1. Segmentation is Communitization,
2. Targeting is Confirmation,
3. Positioning is Clarification,
4. Differentiation is Codification (of DNA)
5. Product is Co-Creation,
6. Price is Currency,
7. Place is Communal Activation,
8. Promotion is Conversation,
9. Selling is Commercialization,
10. Brand is Character,
11. Service is Care,
12. Process is Collaboration
Tiga trend perubahan yang perlu dilaksanakan adalah perubahan daripada
1. Vertikal kepada horizontal
2. Eksklusif kepada inclusive
3. Individual kepada sosial
Perubahan ini dilaksanakan oleh 3 golongan utama
1. Wanita
2. Generasi muda
3. Netizen (para netter)
Kesimpulannya, seiring dengan perubahan masa dan teknologi, New Wave Marketing sepatutnya dimanfaatkan oleh semua usahawan dan pemasar di dunia. Low cost, high impact!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan