Berdasarkan pengalaman saya, banyak perkara yang boleh mengekalkan momentum dalam bisnes, antaranya adalah seperti berikut:
1. Niat kena betul - bisnes untuk apa? Sebaik-baiknya biarlah ikhlas Lillahitaala sebab rezeki DIA yang tentukan dan beri
2. Ada matlamat bertulis yang ingin dicapai, berserta target date dan strategi untuk mencapainya.
3. Ilmu mesti cukup, sentiasa belajar supaya kita tahu apa yang kita buat.
4. Pain atau keperitan yang kita tidak mahu lalui andai tidak teruskan bisnes - kata orang sabah 'jera sudah'.
5.
Cuba dapatkan sokongan orang tersayang - Fahamkan mereka secara
perlahan-lahan..Sabar. Doa & restu ibu bapa sangat penting.
6. Kuat semangat - 'Tahan tukul' dengan cabaran . Kalau orang kritik, ambil yang membina saja. Komen menjatuhkan kita abaikan, doakan agar 'biawak' dapat hidayah.
7. Minat - sangat penting!
8. Berani dan yakin. Tanpa keberanian mimpi tidak akan jadi kenyataan!
9. Berada di samping insan-insan positif - senang untuk cas bateri ;)P
10.Paling
penting, minta bantuan Allah sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Kalau
lebih, lagi elok. Please HIM and He'll Please You.
Semuanya
perlu bermula dengan diri sendiri dahulu. Jika tidak pandai menjaga
diri terutama soal hati, bagaimana untuk mengendalikan perniagaan?
Semoga bermanfaat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan