Program Pembelajaran Sepanjang Hayat
Ramai yang bertanya kepada saya apa sebenarnya fungsi Progressive Heritage Management Sdn Bhd (PHM). PHM sebenarnya merupakan salah sebuah syarikat rakan kerjasama strategik Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Pembangunan Eksekutif (PPE), UUM. Kerjasama antara 2 pihak ini membenarkan PHM menganjurkan program-program di bawah PPE di luar Kampus induk UUM di Sintok, Kedah.
Program-program yang kami anjurkan adalah seperti berikut:
- Executive Diploma in Business Management (EDBM)
- Executive Diploma in Entrepreneurship Development (EDED)
- Executive Diploma in Office Management & Technology (EDOMT)
- Executive Diploma in Planting Industry Management (EDPIM)
- Diploma Eksekutif Pendidikan dan Perkembangan Awal Kanak-kanak (DEPPAK)
- Diploma Eksekutif Pengajian Islam dengan Syariah (DEPIS)
- Master of Business Administration (Executive MBA)
Program-program yang disenaraikan di atas kesemuanya ditawarkan kepada golongan dewasa, dengan pengalaman kerja sebagai prasyarat tambahan selain kelulusan minimum yang ditetapkan. Kelas dijalankan pada hujung minggu dan ini sedikit sebanyak tidak mengganggu komitmen harian para pelajar. Tenaga pengajar pula terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan berkelayakan dalam bidang akademik dan industri. PHM mempunyai 8 pusat pembelajaran setakat ini iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Melaka, Johor, Selangor, Labuan, dan akan membuka pusat pembelajaran terbaru di Keningau dalam masa terdekat. Setakat ini lebih 500 orang pelajar telah mendapat manfaat daripada program-program berkenaan. Anda yang berminat, sila hubungi ibu pejabat PHM di 088-538787 untuk maklumat lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan