Mulakan perniagaan? - Bootstrap
Jika anda merancang untuk memulakan perniagaan, saya cadangkan agar anda menggunakan kaedah "bootstrap". Bootstrap adalah satu cara memulakan perniagaan dengan bermodalkan wang simpanan sendiri, tanpa bantuan kewangan daripada keluarga atau institusi kewangan seperti bank.
Kenapa saya sarankan anda menggunakan kaedah bootstrap? Kita perlu menerima realiti bahawa begitu banyak perniagaan yang gulung tikar dalam 6 bulan pertama. Adakah anda sanggup berdepan dengan hutang berpuluh/ratus ribu ringgit kerana hangus dalam perniagaan yang tiada hasil? Biarlah kita bermula secara kecil-kecilan dahulu. Tidak perlu malu kerana anda akan menggunakan sepenuh usaha dan kreativiti untuk memajukan perniagaan. Ramai jutawan bermula dengan kaedah Bootstrap. Renung-renungkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan