Pada 30 Julai 2011, pihak PHM telah mengadakan Seminar Kualiti Pendidikan dalam Pengurusan Tadika/Taska siri kedua, di Tang Dynasty Park Hotel Kota Kinabalu. Seminar percuma ini terbuka kepada masyarakat setempat khususnya kepada guru-guru tadika, pengusaha tadika/taska dan mereka yang berminat.
Seminar kali ini dirasmikan oleh Datin Aminah Ambrose, Ketua Wanita UMNO Kudat dan turut dihadiri oleh Mejar (B) Kamaludin Chin, Ketua Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pembanguan Eksekutif Universiti Utara Malaysia. Pengisian program kali ini lebih kepada peri pentingnya soal kualiti dan cara pelaksanaannya di peringkat Tadika/Taska. Semua hadirin juga diberikan motivasi untuk terus belajar bagi membolehkan pelaksanaan kualiti di organisasi masing-masing dapat dijadikan kenyataan. Saya turut diberi peluang untuk memperkenalkan program Diploma Eksekutif Pendidikan dan Perkembangan Awal Kanak-kanak (DEPPAK) kepada lebih 100 orang peserta yang hadir pada hari itu. Adalah diharapkan mereka mendapat manfaat melalui program sebegini, yang juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial PHM dengan memberikan ilmu secara percuma kepada masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan