Khamis, November 03, 2011

Kafe Buku : The Magic of Thinking Big


Salah satu buku all time favourite saya, The Magic of Thinking Big tulisan Dr. David J. Schwartz.  Antara seorang motivator tekemuka dunia, Dr Schwartz mendedahkan kaedah praktikal untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai aspek kehidupan.  Buku ini mengandungi cara untuk meningkatkan keyakinan diri, yang sangat berkesan jika diaplikasikan.  Antara bab-bab menarik dalam buku ini adalah 
  • Percaya anda boleh berjaya dan dapat mencapainya
  • Ubati diri anda daripada ketakutan kepada kegagalan
  • Berfikir dan bermimpi secara kreatif
  • Anda adalah apa yang anda fikirkan
  • Belajar bagaimana berfikir secara positif
  • Ubah kegagalan menjadi kekayaan
  • Gunakan matlamat untuk berjaya 
  • Berfikir seperti seorang pemimpin
Buku ini telah saya beli sejak tahun 2000 dan amat memberi kesan positif kepada saya secara peribadi. Ianya dapat 'mengejutkan' saya dari ketakutan untuk keluar daripada zon selesa,dan seterusnya mengejar segala impian saya.  Dapatkan di kedai buku berhampiran, dan edisi terjemahan bahasa melayu juga sudah menjengah pasaran sejak 2 tahun lepas.  Buku ini benar-benar Magic!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...