"Hi! My name is Sam..this is my card .."
Itu adalah ayat wajib Sam dalam sitkom tempatan paling popular era 90-an '2+1'. Semua orang tahu apa itu kad bisnes, tapi pentingkah ia?
Jawapannya : Sangat penting. Dengan sekilas pandang penerima kad bisnes mengetahui nama, jawatan, gelaran, bisnes dan alamat dan nombor telefon organisasi pemberi kad tanpa perlu bertanya. Ia merupakan medium yang berkesan untuk memperkenalkan diri anda. Ianya merupakan permulaan untuk membina hubungan perniagaan yang serius. Dari sudut penerima kad pula, ianya memberikan gambaran bahawa pemberi kad serius dalam perniagaannya.
Kad bisnes perlu dibawa ke mana-mana, kerana sebagai usahawan anda akan berjumpa dengan ramai orang. Pemberian kad bisnes membuka peluang untuk mempromosikan perniagaan atau produk yang anda jual. Dato' Dr Fadzilah Kamsah pernah menyatakan bahawa kad bisnes perlu diberikan 5 kali kepada orang yang sama,barulah orang tersebut dapat mengingati si pemberi. Daripada pengamatan saya, ramai usahawan terutama usahawan kecil tidak memandang serius kepentingan kad bisnes. Jadi nasihat saya, cetaklah kad bisnes anda. Sekurang-kurangnya ianya dapat meningkatkan semangat untuk anda dalam menjalankan perniagaan.
Berapa banyak kad bisnes yang anda ada?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan