Salam Maal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat seantero dunia. Saya doakan agar kita semua dapat memanfaatkan tahun yang baru ini dengan sepenuhnya, dan mencapai kejayaan yang kita masing-masing idamkan. Kalau di zaman Nabi dulu hijrah merujuk kepada perpindahan Nabi dan umat Islam dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Kini seharusnya kita menggunapakai istilah 'hijrah' itu dalam kehidupan masing-masin, berubah daripada yang tidak baik kepada yang baik, yang baik kepada lebih cemerlang. Kejayaan adalah milik kita semua, yang penting sentiasa perlu istiqamah untuk berusaha dan mencapai keredhaan ilahi. Bagi kami di PHM, Maal Hijrah tahun ini agak istimewa kerana ibu pejabat PHM akan berpindah ke bangunan baru. Semoga perpindahan ini membuka pintu rezeki, kejayaan yang lebih luas buat PHM dan semua kakitangannya. Apa pun marilah kita kejar apa yang dilaungkan setiap hari tatkala azan berkumandang di seluruh dunia - Haiyalal Falah - Marilah mencapai kejayaan!
Sabtu, November 26, 2011
Salam Maal Hijrah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan