Rabu, November 30, 2011

Terus dan terus belajar...

Kembali menjadi seorang pelajar ketika umur sudah meningkat bukan satu perkara yang asing.  Filem Pendekar Bujang Lapuk arahan P.Ramlee di era 50-an telah memuatkan satu babak sekolah dewasa. Ini bermakna, pembelajaran berterusan sebenarnya sudah lama wujud dalam masyarakat Malaysia.  Dekad ini, sesiapa yang tidak mahu belajar boleh dianggap ketinggalan.  Persaingan yang serba sengit di tempat kerja memerlukan setiap pekerja mempunyai kelebihan bukan sahaja dari sudut sijil kelayakan yang dimiliki, malah kompeten dalam tugas seharian.  Memang benar pengalaman yang dimiliki mampu membantu memudahkan pelaksanaan kerja, namun begitu dengan memiliki sekeping sijil berserta ilmu yang up-to-date menjadikan kita 'lebih bernilai' daripada rakan sekerja lain.  Sahut cabaran untuk terus belajar, sama ada secara formal atau tidak.  Ada berani?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...