Jumaat, Januari 27, 2012

Kepentingan Jenama dalam Perniagaan


Tidak dapat dinafikan bahawa ada ramai pengusaha di luar sana yang kurang memberikan penekanan kepada aspek penjenamaan, bukan sahaja bagi nama perniagaan mereka, malah jenama produk keluaran mereka.  Seperti manusia, jenama adalah alat untuk mengenalpasti sesebuah produk atau perniagaan.  Tidak salah untuk meletakkan nama sendiri atau ahli keluarga untuk produk anda, tetapi biarlah ianya mempunyai nilai komersil yang boleh memudahkan pengguna mengingati produk yang dipasarkan.  Seboleh-bolehnya jangan menggunakan jenama yang sama dengan jenama pesaing kerana anda mungkin terperangkap dengan isu trademark dan sebagainya.  Gambar di atas adalah Kilang Kopi Setarbak Kopi di Beranang, Selangor.  'Setarbak Kopi' mungkin hampir sama dengan "Starbuck Coffee", tapi jenama berkenaan mudah melekat di minda masyarakat.  Ini mungkin merupakan salah satu faktor ianya mampu wujud sejak hampir seratus tahun dahulu.  Apa jenama produk anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...