Sabtu, Mac 31, 2012

Kodak


Kodak, nama yang tidak asing lagi dalam dunia fotografi.  Bermula pada tahun 1880, akhirnya pada pertengahan januari tahun ini Eastman Kodak telah menuju ke titik akhir operasinya.  Kenapa sampai jadi begini? Sejarah membuktikan bahawa Kodak adalah pelopor dalam pelbagai aspek dunia fotografi.  Dengan jenama yang gah, teknologi yang serba maju sepatutnya Kodak masih kekal bersaing hingga kini.  Namun begitu, dunia perniagaan memerlukan lebih daripada teknologi, modal dan pemasaran. Apa yang penting semua perniagaan harus mengambil iktibar atas semua yang berlaku dalam sejarah Kodak. Tidak wujud zon selesa jika sesebuah perniagaan itu ingin terus kekal  bersaing dalam pasaran akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...