Memasuki IPTA dengan menggunakan kelayakan STPM/Matrikulasi/Diploma iaitu jalur akademik merupakan satu yang lazim kepada rakyat Malaysia. Tahukah anda bahawa sebenarnya dengan kemahiran yang dipersijilkan, anda juga boleh memasuki IPTA tanpa kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan akademik?
Ramai daripada kita berkemahiran dalam pertukangan, automatif, menjahit, mendandan rambut dan segala macam kemahiran. Kebanyakan daripada kita juga tidak sedar bahawa segala kemahiran dan pengalaman yang ada juga boleh dipersijilkan. Ya..betul. anda layak memohon untuk Sijil Kemahiran Malaysia bagi kemahiran-kemahiran yang anda perolehi. Sijil-sijil ini juga mampu untuk mengubah tahap ekonomi anda. Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia telah menyediakan pelbagai kaedah untuk membantu rakyat negara ini menjadi pekerja mahir. Anda cuma perlu pilih sama ada mahu menghadiri kursus atau mahu menggunakan pengalaman yang telah sedia anda miliki untuk mendapat persijilan berkenaan. Perlukan maklumat lanjut? Hubungi saya di admin@phm.my, saya akan bantu anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan