Rabu, Mei 29, 2013

Rakan kerjasama baru





Alhamdulillah sejak setahun lepas kami di PHM telah bekerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk mengadakan program Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana khusus untuk warga Malaysia yang berada di Sabah. Kami juga bekerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang untuk membawa program Executive Diploma in Oil & Gas Technology dan Executive Diploma in Project Management ke Sabah.

Peluang ini cukup bermakna bagi kami di PHM kerana ini merupakan satu platform untuk rakyat Malaysia di Sabah untuk memajukan diri mereka dari sudut penambahan ilmu pengetahuan dan kelayakan akademik. Saya berharap agar peluang ini dimanfaatkan untuk kebaikan diri sendiri, keluarga dan kemajuan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...