Selasa, Mei 28, 2013

Taksub dengan Dr Azizan Osman?


Ramai orang bertanya, kenapa saya kerap kali menyertai program Dr Azizan Osman? Ada yang sampai tahap memperli "kalau ya pun tak tau nak buang duit ke mana, baik sedekahkan je pada orang miskin daripada bagi kat orang yang dah kaya". Biawak...Hmm..sebenarnya jawapannya sangat mudah. Bukan sebab taksub. Bagi saya ilmu adalah pelaburan yang sangat menguntungkan, lebih-lebih lagi jika ianya dapat dikongsikan untuk membantu meningkatkan kehidupan orang lain. Melalui pengalaman lepas, saya percaya semakin banyak kita belajar semakin terbuka luas pintu rezeki kita. Takkan nak tolak rezeki kot?

Kali pertama saya menyertai program Dr, saya dapat rasakan ianya bukan seperti program-program lain yang pernah saya ikuti. Mukadimahnya saja sudah cukup berbeza. Chicken dance, bara bara yang membuat semua alumni akan automatik 'bergoyang' amat unik. IMKK di Setia Alam amat mengubah diri saya. Saya datang dengan bebanan emosi yang cukup berat. Alhamdulillah, saya balik ke KK dengan cukup tenang dan riang. Extra mark buat Dr sebab buat kali pertama dalam beberapa tahun saya sudah mampu untuk tersenyum hinggakan mak saya pun pelik hehe. IMKK membuat saya sedar akan tujuan hidup yang sebenarnya, bukan hanya untuk diri sendiri.

Untuk kawan-kawan yang akan menghadiri IMKK Julai ini, syabas untuk anda. Saya sangat percaya hanya orang terpilih 'dijemput' untuk menghadiri program Dr Azizan. Rata2 peserta IMKK yang saya temui mempunyai 'novel' sedih masing-masing yang harus ditukar pengakhirannya menjadi sesuatu yang indah.

Kepada rakan2 lain yang sedang 'dalam dilema' untuk pergi atau tidak : Tolong 'lastik' suara biawak di dalam diri anda dan juga di sekeliling anda. Jangan benarkan ia menjadi penghalang kejayaan anda. Jangan jadikan jarak,masa dan wang menjadi halangan untuk anda berjaya. Hendak seribu daya. Jika anda ingin mengubah nasib, berpeganglah kepada kata-kata ini. Berikan satu peluang kepada diri anda untuk mengubah masa hadapan menjadi lebih baik.

Saya doakan anda berjaya, bahagia, bertaqwa dan kaya dunia akhirat. Kepada Dr Azizan, Jerry dan warga Richworks : Terima kasih kerana berkongsi elmu untuk membangunkan anak bangsa. Saya doakan anda sentiasa dilimpahi rahmatNya, diberikan kesihatan yg cukup baik, kebahagiaan dan kejayaan hidup dunia akhirat. -BibiAkhtar-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...